Kelas Kuiz Online Matematik dan Sains
10 Jun 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Semuba telah mengadakan Kelas Kuiz Online Matematik dan Sains. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang akademik dengan menggunakan kelebihan ICT yang terdapat di Pusat Internet. Pelajar-pelajar diberikan soalan latih tubi mengikut silibus yang dipelajari di sekolah. Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk mengumpulkan nota-nota yang menarik dari laman web untuk rujukan pembelajaran. Kelebihan yang dapat diperolehi pelajar melalui kelas seperti ini adalah pelajar dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat di Pusat Internet pada waktu petang serta hujung minggu. Di samping itu, ia juga meningkatkan kefahaman mereka dalam bidang akademik.
kemahiran menggunakan aplikasi ICT bagi pelajar tingkatan 3 bagi menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh guru. Hasil dari kelas ini, pelajar dapat meningkatkan kemahiran pelajar tentang fungsi yang terdapat dalam Microsoft Office. Selain itu, pelajar juga dapat meningkatkan lagi usaha untuk mendapat kerja kursus yang lebih menarik dan tersusun mengikut pilihan dan kreativiti masing-masing. Dengan mengadakan kelas seperti ini, ia dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang celik ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: